Saturday, February 14, 2015

4. Overland IndoChina: Thailand


Assalamualaikum & Sawadikhaa

Awkward sebenarnya sebab tak pernah travel jauh-jauh secara solo ni. Banyak kali hati berbisik "What on earth am I doing here alone?" Tapi aku tepis jauh-jauh perasaan awkward tu. Pujuk hati dengan ayat "lama-lama nanti biasa lah". Sambil termenung dalam bas, aku sentiasa menunggu khabar berita gembira dari kawan aku, Hafizah yang beria-ia kata nak ikut aku dan nak meet up nanti dekat Thailand. Tunggu dan tunggu..

Bas berhenti dekat satu kedai makan ni untuk settlekan departure form dan Insurans perjalanan. Mereka minta passport semua penumpang dan nanti masa dah sampai dekat border, mereka akan pulangkan balik. Dalam jam 7 pagi macam tu, kami sampai di border Malaysia-Thailand. Aku sedikit cuak sebab tak tau nak ke mana. Masa ni okay lagi sebab border Malaysia, semua urusan okay. Kalau pemegang passport Malaysia boleh pergi dekat line untuk scan passport je. Tak payah beratur panjang-panjang sangat. Lepas selesai urusan, cari bas (tolong kenal bas korang sebab nanti payah nak cari) dan menuju ke border nak masuk Thailand pula.

Insurance perjalanan harga dah include dengan tiket kot sebab takpayah bayar apa-apa pon


Border nak masuk Thailand buat aku pening sikit. Ramai-ramai orang beratur tapi aku blur nak pergi mana. Aku pon ikut je satu couple yang sama bas dengan aku juga. Ikut je depa beratur mana. Bag pon bawak sekali, takde kena scan ke ape. Nanti please make sure double check untuk pastikan pegawai imigresen tu betul-betul dah stamp passport korang ok sebab ada kes sorang ahli BBM cerita yang pegawai tu tak stamp dia punya pasport dan dia kira jadi pendatang asing tanpa izin la sebab masuk Thailand takde stamp. Bila dah travel solo ni, please be extra alert!

Bila passport dah di cop, boleh angkat kaki menuju ke sebelah kanan dari tempat imigresen tu sebab semua bas parking dekat situ untuk tunggu penumpang dia. Banyak bas dekat sini so make sure korang kenal bas korang yang mana satu. 


Hatyai--

Alhamdulillah selamat tiba di Hatyai jam 9.30 pagi. Bas berhenti dekat tengah-tengah pekan hatyai, dekat dengan Central Plaza kalau tak silap. 


Jalan menuju ke Railway Station


Kalau malas nak jalan dan nak ambil tuk tuk boleh je tapi aku prefer jalan sebab aku tak kejar masa and I enjoy walking around tengok kedai-kedai kecil, street food, tengok masyarakat sekeliling melakukan aktiviti harian mereka. Disebabkan internet tak beli lagi, jadi aku guna aplikasi MAPS.ME. Aku dah download siap-siap peta negara Thailand dan Vietnam. Sambil jalan sambil lihat peta. (AWAS: Jangan kerap sangat tengok phone takut nanti tak sedar orang ragut). Walaupun aku kerap guna aplikasi Maps tapi aku akan pastikan aku tak visible kan handphone aku sepanjang jalan. Lepas tengok, hafal dan simpan dalam poket. Nanti dalam beberapa ratus meter kemudian, keluarkan phone dan tengok balik peta.

Sampai di Hatyai Railway Station, aku terus beratur untuk beli tiket ke Bangkok. Nanti dia akan minta passport dan harga tiket lain-lain ikut jenis seat. Aku beli seat kelas ke-2 yang beharga 455 baht. Keretapi dijangka bertolak jam 14.45 tapi..

tiket

"Kreuk Kreuk" perut berbunyi tanda minta di isi. Masa dalam bas tadi aku ada ternampak beberapa pasar pagi yang macam best je kalau pergi. Jadi lepas aku tinggalkan bag aku di tempat simpan barang yang terletak berdekatan dengan tandas (sehari: 30 baht), aku melangkah dengan pantas keluar dari stesen keretapi tu. Kali ni malas nak guna GPS, jadi main redah je jalan. Macam-macam lorong la aku redah. Kanan-kiri-kanan-kiri-straight-kanan-kiri tetiba jumpa satu pasar. Misi mencari pulut mangga sebab ramai orang kata sedap. erm


merasa la jugak akhirnya kann. tapi rindu pulut durian lagiii

Jalan-jalan pusing-pusing menuju ke mana-mana kedai mobile untuk aktifkan internet. Pergi satu kedai ni, pergh sorang pon tak reti speaking English. Lama juga berusaha menggunakan body language dan sebagainya, masih tak berjaya. Last-last aku ke shopping mall berdekatan dan dekat situ boleh ke tingkat bawah untuk beli prepaid dan suruh dia aktifkan internet korang (229baht je). Internet lajuuu walaupun guna sampai 2 minggu. Puas hati dengan dtac!




Jalan-jalan sekitar pekan Hatyai lagi sambil menunggu jam 1pm. Pusing-pusing masuk shopping mall sebab takde kerja. Bergerak ke Station keretapi semula sebab malas nak jalan dah. Keretapi patut gerak jam 14.45pm kan? heh. Jam 15.48pm baru la dia terkedek-kedek sampai. Biasa la tu~



Perjalanan memakan masa dalam 20 jam untuk sampai ke Bangkok. Fuhh. Bangun tidur bangun tidur pon tak sampai-sampai lagi. Kematu weh! Penumpang pon tak ramai, ada la beberapa remaja yang tak boleh berbahasa Inggeris duduk depan aku. Hmm. Kalau nak diikutkan, negara Thailand punya kemajuan ni lebih kurang je dengan Malaysia tapi dari segi penguasaan bahasa Inggeris mereka agak mundur dari kita. Even cambodian can speak better English. Well, tahap penguasaan bahasa Inggeris tidak mencerminkan kemajuan sesebuah negara pon.

Ok bai!













No comments:

Post a Comment