Thursday, February 12, 2015

1. Overland Indochina: Frequently Asked Questions (FAQ)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah selamat tiba di tanah air tercinta jam 7.30 petang semalam. Sekarang tengah "jetlag" lagi, rindu masih menebal pada kawan-kawan travel, anak-anak murid dan semua lah! *sedih*. Harini aku paksa diri untuk susun semua gambar travel, sorting ikut tarikh dan file, belek balik journal yang aku gigih tulis sepanjang perjalanan dan mula karang blog ni. Dah lama tak tulis blog tapi untuk trip kali ni rasa sayang kalau simpan semua pengalaman sorang-sorang. 

Sebelum aku mula share pelbagai tips/cerita/informasi/kenangan mengenai travel overland aku ni, nak buat ruang ala-ala FAQ sekejap sebab kadang-kadang orang ajukan soalan yang sama pada aku. meh nak jawab meh..


1. Kenapa travel Overland ke IndoChina?


Route aku (KL-Hatyai-Bangkok-Ayutthaya-Lopburi-Chiangmai-Udonthani-Vientiane-Vang Vieng-Luang Prabang-Hanoi-Saigon-Phnom Penh-KL)

Aku memang rajin baca post dekat Facebook page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) dan penah baca mereka-mereka yang post pasal trip indoChina ni. Jadi nya, terinspirasi dengan ketabahan mereka merentasi beberapa buah negara menggunakan jalan darat. Semangat nak teruskan trip ni makin berkobar-kobar lepas balik dari program sukarelawan bawah Yayasan Sukarelawan Siswa Siswa Malaysia (YSS) tahun lepas di Laos. Tak sabar nak cerita panjang lebar pasal bab volunteering ni. hiks. Faktor kewangan pon mempengaruhi aku untuk travel ke Indochina saja. Dengan budget serendah RM2000, aku boleh ke 4 buah negara dalam masa 2 bulan. 


2. Mana dapat duit dan cuti selama 2 bulan?

Habis je semester akhir di USIM dalam bulan July dan sementara tunggu graduasi, aku apply kerja di International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) sebagai Part time research assistant (RA) dekat sini dan alhamdulillah senang dapat. Jadi, contract kerja 3 bulan+3 bulan. Kerja part time je maksudnya buat research dekat rumah dan datang office bila ada meeting je. Allowance pon masyuk, RM1,500 sebulan atau RM30/hour research. Research kami habis dan kena submit dalam bulan December, jadi trip aku ni bermula lepas je aku settle kerja dengan ISRA. 

Duit untuk travel memang aku guna duit allowance yang dapat hasil kerja dengan ISRA. Setiap hari ahad juga, aku buat kerja part time jaga kedai sewa basikal dekat FRIM Kepong. Siapa rajin pergi FRIM hari ahad mungkin pernah jumpa aku. haha. Depa bagi RM80 untuk sehari. Kerja dari jam 8 pagi sampai 7 petang.

Sebenarnya tak rancang nak travel sampai 2 bulan, plan asal 2 minggu je! haha. Trip ni memang aku tak plan sangat sebab sibuk dengan research masa bulan 12 haritu. Jadi, sebelum pergi memang tak buat persediaan rapi sangat pon. Hanya standby maksimum duit untuk guna RM 2,500. Pandai-pandai lah jimat nanti. 


3. Kenapa travel solo?


Kombinasi camera RD990 dan selfie stick sangat membantu untuk solo traveler bergambar puas-puas


Plan asal trip ni nak pergi dengan beberapa member dari BBM tapi atas sebab-sebab tertentu mereka cancel trip ni agak last minit. Aku ajak dan puas pujuk juga kawan dari USIM tapi dia tak boleh nak pergi sama tarikh dengan aku sebab abang dia kahwin hujung bulan December dan aku pula nak pergi 22 December. Jadi nya, kami plan nak jumpa dekat mana-mana negara yang aku tengah travel masa bulan January nanti. Malangnya dia terpaksa batalkan juga plan nak travel dengan aku sebab kawasan rumah dia banjir teruk haritu. Maka nya, aku teruskan perjalanan seorang diri. hiks!

Ini pertama kali aku travel solo ke luar negara. Kali pertama backpacking ke Korea beberapa tahun lepas dengan kakak aku. Lepas tu ke Sabah dan ke Indonesia dengan housemate. Pergi Laos dengan YSS. Jadi, ni pertama kali ke luar negara sorang-sorang. Kekuatan dan keberanian tu memang dari Dia. Aku pon tak sangka aku ambil keputusan nak teruskan trip ni secara solo. 


4. Macam mana dapat permission dari family?

Ingat tau, plan asal aku memang travel dengan kawan tapi kawan tu cancel plan masa aku tengah tunggu dia dekat Thailand. Jadi nya, masa bagitau nak backpacking dekat parents, memang cakap nak pergi dengan kawan. Ayah aku pon cakap "pergi lah, nanti dah start kerja susah nak dapat cuti". 

Dan masa bagitau tu sebenarnya tak confirm nak ke Laos, Vietnam dan Cambodia sebab aku tak tau aku berani ke tak nak cross border dan tak pasti budget cukup ke tak. Research untuk cross border pon tak buat. Jadi nya, memang bagitau nak ke Thailand je. Haha. Tapi bila dah tau sorang tu, memang sentiasa contact family,  skype & whatsapp bagitau location dekat mana. Tinggal kat mana dengan siapa makan apa. Dekat Bangkok, Laos dan Vietnam aku duduk rumah kawan so parents okay je. 

Semalam ayah aku sambut aku dengan "alhamdulillah my daughter come back in one piece" haha. lepas tu ayah aku cakap "papa terkejut juga angah pergi sorang-sorang, berani ye". aku sengih je. lepas tu sambung sembang dalam kereta "angah taknak pergi Mongolia ke, Nepal pon okay juga". Haa, sekarang nampak tak darah travel tu mengalir dari siapa?


5. Lama nya travel
Rasa macam baru semalam cross border Malaysia-Thailand

Setiap kali aku post gambar dekat facebook, adalah komen seperti "lamanya travel" "bila nak balik" haha. sebenarnya aku travel sebulan je. lagi 26 hari aku stay cambodia untuk join program sukarelawan. Di cambodia tak banyak travel mana-mana pon. Angkor Wat pon ceq tak pi. Dan 2 bulan tu sebenarnya tak lama pon. sekejap je rasa. 


ok bai



(Jika anda rasa post ini bermanfaat, sila share dengan rakan-rakan!)



No comments:

Post a Comment