Sunday, February 15, 2015

5. Overland IndoChina: Thailand


Assalamualaikum & Sawadikhaa!


Route seterusnya


Selepas 20 jam menahan kematu, lapar dan sebagainya, tepat jam 11.15 pagi, selamat tiba di Station Hua lamphong, stesen terakhir yang terletak di kota Bangkok. Sampai je terus contact couchsurfer yang janji nak jumpa dan bawa pusing-pusing kota Bangkok ni. Mandi dan bersiap-siap sikit kemudian tinggalkan luggage dekat tempat simpan barang (70baht/day). Harga ikut besar dan berat beg. Kenapa tinggalkan beg dekat situ? Sebab aku akan duduk di rumah sorang couchsurfer (Asma) tapi rumah dia agak jauh dari bandar. Jadi, aku plan nak pusing-pusing bandar dulu then nanti patah balik ke stesen Hualampong untuk ambil bag dan ambil bas ke rumah dia.


Jangan panggil Bangkok Railway station, nanti orang Thai blur. Panggil Hua Lamphong Station


Couchsurfer yang nak bawak aku pusing-pusing tu nama dia Toon, dia call dan bagitau nak jumpa dekat mana. Kami janji nak jumpa dekat Siam Shopping Mall. Keluar dari stesen Hua lamphong tu, lintas jalan dan pergi ke sebelah kiri sikit nanti ada bus stop. Tunggu tak sampai seminit bas number 27 pon sampai. Tambang 11 baht. Semua konduktor bas dekat Bangkok ni akan pegang satu bekas ala-ala dompet la tapi bentuk dia panjang untuk letak duit yang dibayar oleh penumpang. Comel je.




Akhirnya jumpa juga dengan Toon dekat McDonald Central World Shopping Mall. Aku terharu gila sebab we are strangers tapi dia sudi bawa aku pusing-pusing Bangkok for free. Couchsurfing Rocks!


Disebabkan aku dan dia pun lapar, dia bawak aku lunch tak jauh dari Central World tu. Aku tak ingat tempat tu dekat mana tapi yang pasti tempat tu macam food court dekat kawasan police station sebab masa makan tu, ramai police Thai dekat situ. Dia cakap memang polis-polis yang kerja dekat area tu datang makan sini. aku pon "ooooh". Dan dekat situ ada satu halal food punya stall. Bagus gila dia ni, he knew that I'm a Muslim dan dia bawak aku ke tempat yang halal. Aku makan nasi putih dengan padprik yang sangaaatt pedas sedap dan murah. 30 baht je!

my first proper meal


Dah kenyang suka hati kitorang pon gerak la menuju ke Wat Saket. Dia bawak aku naik bas awam yang free. Yes, dekat Bangkok ada bus awam free juga tapi tak se-best GoKL. Bas-bas free dia bukan sentiasa ada. Kalau ada rezeki, bas yang korang tunggu-tunggu tu free. Cuba bayangkan banyak-banyak bas Rapid KL, contoh nak ke Selayang kena naik bas U3, dalam banyak-banyak bas U3 tu mungkin ada 5-7 bas yang free. Bas tu free sebab untuk membantu golongan yang miskin, yang tak berkemampuan. Tapi ramai juga tourist yang naik, termasuk lah aku :p


Contoh bas free, dia ada tulisan warna biru tu yang aku tak paham nak baca


Sambil-sambil tunggu bas tu, Toon cerita lah yang dia pon join demonstrasi besar-besaran dekat Bangkok tahun lepas. Demonstrasi untuk gulingkan kerjaan sebelum ni yang dipimpin oleh Yingluck Shinawatra. Dia cerita la rakyat dah lama tahan sabar dengan korupsi orang-orang politik ni. Dia cerita la yang dia tidur dekat jalan, pasang khemah bagai. Akhirnya sekarang kerajaan Thailand dipegang oleh Military. Semangat dia cerita perihal politik. Kemudian dia cerita pula pengalaman dia ber-couchsurfing. Toon cerita pernah ada sorang CS ni dah janji nak jumpa tapi dia lewat 1 jam dan tak inform dia langsung yang dia akan lewat. Lewat pula sebab pergi breakfast. Dia kecewa la sebab buat dia tertunggu-tunggu. 


Kitorang tak rancang pon nak naik bas free tapi rezeki tunggu bas hampir 15 minit, bas free yang datang. Jadi, kami menuju lah ke Wat Saket. Jalan agak sesak, kalah KL okay. Sampai dekat Wat Saket tu, Toon cakap "Just walk, pretend that you are local people so that you can enter the temple for free". Aku pon buat la muka tak bersalah dan terus jalan dengan selumber nya. pheww~ masuk free. hihi ^^


Toon pon dekat baik hati nya meng-offer kan diri untuk jadi photographer tak berbayar aku. Meh nak sajikan hasil kerja Toon dan model sambilan cik tqa.









keh keh gembira ada orang rajin ambilkan gambar

meh nak belanja sikit gambar Encik Toon, mesti korang bayangkan dia macam si Charyl Chappius tu kan 


sikit lagi nak sama dengan Charyl Chappius :) Terima kasih daun keladi Encik Toon, lain kali jumpa lagii


Balik dari Wat Saket tu, saket juga la kaki aku nak berjalan balik ke stesen Hua Lamphong. Kitorang decide untuk jalan kaki je sebab jalan jem petang-petang ni. Takut sampai lambat. Jalan kaki ada la dalam 1/2 jam. Fuh terasa kurus sedikit. Toon teman aku tunggu bas nak pergi ke rumah host aku, Asma. Rumah dia dekat su-rou-dang. Agak jauh la dari bandar Bangkok. Disebabkan dah macam nak lewat malam, aku naik bas separuh jalan je dan separuh jalan lagi aku ambil taxi dan turun betul2 depan rumah dia.


Sebenarnya, Asma ni takda dekat rumah sebab dia kerja dekat province lain. Dia balik hujung minggu je. Mak dengan abang-abang dia je dekat rumah tu tapi still dia bagi aku tumpang. Rasa terharu yang amatt. Abang dia jemput aku depan rumah dan tunjukkan aku bilik. Mak dia terjaga dan sambut aku. Hihi. Rasa macam balik kampung sendiri pula sebab rumah dia memang rumah kayu macam dekat kampung-kampung dekat Malaysia ni. Penat seharian berjimba, tidur mati.


Ok bai~

















No comments:

Post a Comment