Saturday, February 14, 2015

3. Overland IndoChina: Thailand


Assalamualaikum & Sawadikhaa

Bersedia untuk mulakan perjalanan? Jom!


kita mulakan dengan route Puduraya- Hatyai dulu


Seminggu sebelum bertolak, ada rakan dari Backpackers Buddies Malaysia Group (BBM) post tentang ticket bus dari KL ke Hatyai. Dia kata dia ada jual tiket online. Aku terus whatsapp dia (+601128863576). Lepas dah tanya harga dan confirmkan tarikh, transfer duit dan dia terus belikan tiket tu dan email pada aku. Harga tiket RM57 tapi dekat tiket nanti tulis RM58. Ok la kan, jimat kos minyak dan parking kalau nak pergi beli dekat kaunter puduraya sendiri. 

Sebelum bertolak ke puduraya, aku print out e-tiket tersebut dan menuju ke Central Market untuk meet up dengan seorang akak BBM yang baik hati sebab dia nak bagi Sim Card Dtac (Thailand) secara percuma. Sempat jumpa sekejap je tapi akak tu siap tunjukkan cara nak aktifkan simcard, cara nak topup dan sebagainya. BBMers Rocks! ^^

Selepas makan malam, mak kakak adik hantar aku ke stesen puduraya. Jam menunjukkan baru pukul 9.30 malam. Ada baki lagi satu jam setengah sebelum bas sepatutnya sampai. Aku lepak depan kaunter konsortium sebab nak check-in pukul 10.30pm. Agent tiket yang jualkan tiket dekat korang tu biasa nya dia akan bagitau kena pergi kaunter berapa untuk check-in. Masa check-in nanti bawa e-ticket yang korang dah print dan bagi passport untuk dia check. Nanti dapat tiket macam ni.




Bila dah dapat tiket, aku lepak kejap dekat tempat kaunter-kaunter jual tiket bas tu. Terbayang rupa Puduraya yang dulu. Buruk. Sekarang moden, cantik tapi sikap orang yang menjual tiket masih sama. Terpekik sana sini nak cari pembeli. Serupa macam dekat pasar. Hurm

Dah puas usha orang, aku menuju ke platform 07 untuk cari bas. Aku main beli je tiket ni tanpa ambil tahu rupa bas aku. ha! Lepas sembang dengan sorang makcik ni, baru aku tahu aku punya bas ni bas double decker. Bas-bas double decker tak muat ye nak masuk ke terminal biasa puduraya ni. Biasa nya bas tersebut akan tunggu dan ambil penumpangnya diluar dari bangunan puduraya. Bila aku turun ke platform, ada konduktor bas cakap bas ke Hatyai akan sampai jam 12 malam. Aku pon naik lah balik sebab taknak tunggu lama-lama dekat bawah. Bau asap!

Hati rasa tak sedap, dalam jam 11pm, aku turun balik. Kelihatan ada satu keluarga cina yang sama destinasi dengan aku tengah tunggu bas tersebut. Aku dengan yakin nya cakap "Bas mungkin datang pukul 12, ada pakcik tu bagitau tadi". Lepas sembang-sembang, sorang Uncle ni tanya konduktor bas yang berlegar-legar sekitar platform tu. Konduktor tu cakap bas dah tunggu dekat luar bangunan. 

Hurm. Kalau aku tunggu dekat atas sampai jam 12 malam, memang aku kena tinggal lah kan sebab bas gerak tepat jam 11.10 malam! Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan hari pertama. Bas selesa, tempat duduk besar, dan siap bagi selimut walaupun air-cond tak dipasang terlalu kuat. Puas hati dengan kondisi bas. Ingat tak aku senaraikan Inflatable neck pillow dekat post pasal packing? Benda alah tu sangat berguna untuk perjalanan panjang sebab dapat mengurangkan sakit tengkuk. Tolong bawak ye.


Ok bai







No comments:

Post a Comment