Thursday, February 12, 2015

2. Overland Indochina: Persediaan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Seperti yang aku katakan di post sebelum ni, aku tak sempat buat research dan buat serba serbi preparation sebab sibuk dengan kerja (sebenarnya faktor malas juga). Jadinya seminggu sebelum bertolak, menggelabah juga la nak settle kan banyak benda. 

1. Couchsurfing request

Apakah itu couchsurfing? couchsurfing ni sejenis online komuniti untuk para pengembara di seluruh dunia untuk menikmati pengalaman tinggal dengan local secara percuma. Kalau korang nak travel ke luar negara dan taknak duduk hotel atau guesthouse, korang boleh cuba request dekat laman web couchsurfing ni. Sign Up dulu (kalau malas, sign in dengan Facebook je) then create profile korang. Penuhkan maklumat-maklumat yang patut dan save! lepas tu klik dekat "Find Hosts" dan masukkan city yang korang nak pergi, contohnya Bangkok. 

contoh: Profile aku


Korang boleh buat Public Request/Create Public Trip atau boleh buat personal request. Kalau buat public trip, nanti Host akan invite korang untuk stay dengan dia. Tapi nak tunggu orang jemput tu jenuh lama la kecuali kalau profile picture korang gambar Brad Pitt ke. Kalau nak buat personal request, akan keluar list banyak-banyak Host dan korang boleh request satu persatu. Boleh baca reference dekat profile host untuk meyakinkan korang yang Host ni baik/selamat/bagus etc. AWAS: baru-baru ni ada berita yang kata CS kena rogol dengan host. so careful!

Jadi, seminggu sebelum bertolak, hari-hari aku hantar request dekat host-host sekitar Bangkok-Chiangmai-Hanoi-Ho Chi Minh. Request je walaupun tak pasti akan sampai ke tak dekat bandar-bandar tu. Tarikh pon aku tak boleh confirm, jadi aku bagi tarikh anggaran je. P/s: Jangan lupa download mobile app supaya nanti masa tengah travel pon masih boleh hantar request :)

Selepas habis semester akhir di Usim, aku mengaktifkan diri jadi host. Sempat hosting 2 CS, sorang dari south Korea dan sorang lagi dari USA. Nanti nak tulis pengalaman jadi host lah!-Best gila.

2. Insurance

Aku subscribe insurance Etiqa. Sebelum beli, dah buat banyak survey. Ada yang cover tak menyeluruh dan mahal. Ada yang okay dan boleh beli online tapi masa aku cuba nak beli, debit card payment rejected pula. Kebanyakan takaful pula takde cover untuk travel insurance. Jadi, selepas difikir-fikir, aku beli Etiqa Takaful Gold berharga RM106 cover sampai sebulan. Insurance penting! Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan. Kita tak tau apa malapetaka yang bakal kita hadapi masa travel- macam aku, accident di Thailand. haha. Nanti aku cerita.

3. Packing

Bekpek aku takde brand mahal-mahal. Beli dekat timesquare je, tak mahal. 55 litre cukup. Tak larat nak bawak beg besar-besar. Itu pon beg tu muat letak satu beg sandang & sleeping bag lagi. Meh nak senarai sikit apa yang aku bawak dan nak bagitau apa sebenarnya yang tak perlu pon nak bawa.




Ini barang-barang yang aku packing:

1. Jersey bola- 2 helai. Material ringan,senang basuh & tak serap peluh jadi tak bau busuk.
2. Tshirt lengan pendek- 1
3. Jumper/sweater- 3
4. Soft Denim Jeans- 1
5. Jeans- 1
6. Tudung- 5
7. Kain batik- 2
8. Seluar tracksuit- 1
9. stokin- 2 pasang
10. Pisau lipat
11. Seluar Bob Marley. lulz
12. Inflatable Neck pillow- beli dekat Daiso RM5 je. Wajib bawak!
13. Sleeping Bag
14. Universal Charger
15. Power Bank
16. Pakaian dalam, untuk jimat space dinasihatkan bawak sport bra dan beli 2 pek cotton disposable panties sebab material ringan, basuh cepat kering dan jimat space.
17. Baju lengan panjang kotak2 takpayah iron- 2 (dapat free dari IG karoonguni)
18. Toiletries (berus gigi, pencuci muka, sabun sebuku) 
19. Tiger Balm- Wajib bawak!
20. Bag sandang
21. Passport/Salinan passport/Dokumen Insurance
22. Student card (boleh guna dekat certain2 tempat)
23. Earphone- Wajib! Lol
24. Journal
25. Shades- sangat berguna masa dekat Phnom Penh
26. Action Camera RD990 dan selfie stick
27. 2 keping debit card yang telah diaktifkan untuk pengeluaran antrabangsa. Hanya call bank dan bagitau nak aktifkan withdrawal overseas. 
28. Sambal ikan bilis- 3 bekas 

# kalau boleh, bawak 3 helai jeans. 2 helai okay je tapi aku prefer ada 3 helai. kalau boleh takyah bawak jeans yang berat2. 
# tudung tu bawak yang best dan senang untuk dipakai. satu tudung aku tertinggal masa dekat udonthani haha dan end up pakai 2 je tudung ulang-ulang sebab tudung tu je yang best dan senang. Gambar aku tudung semua sama T_T

untuk Thailand, Laos, Vietnam dan Cambodia cukup bawak 2 pin adapter ni je. kalau sekali dengan usb lagi bagus


4. Mobile Application

Ni antara mobile application yang aku kerap guna masa travel,

i- Google Maps- sangat2 kerap guna ni untuk navigasi
ii- Agoda dan booking.com- Aku prefer guna booking.com sebab takpayah bayar untuk book dan dia tak charge kalau cancel atau takde extra charge untuk tax.
iii- Couchsurfing- request untuk tinggal dengan local
iv- MAPS.ME- alternatif kepada google maps kalau tak dapat online. Kena download dulu maps nya dan hanya available untuk beberapa negara je. Untuk Laos dengan Cambodia, takde.
v- Dropbox dan OneDrive- Untuk transfer gambar-gambar guna wifi
vi- Qibla Connect
vii- TripAdvisor
viii- Currency Converter
x- Google translate


ok bai


(Jika anda rasa post ini bermanfaat, sila share dengan rakan-rakan!)




No comments:

Post a Comment